GAMB PUBLICATIONS
Sesungguhnya Allah yang menjadikan ibadat selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad itu sebahagian daripada jalan untuk kita bertaqarrub kepada Allah. Malah merupakan salah satu rukun solat (dalam tasyahud akhir) dan khutbah jumaat.Bahkan sebahgian ulama mengatakan doa tidak mustajab tanpa didahulukan dengan selawat.Bagitu juga ramai yang membicarakan fadhilat selawat. Namun apakah makna selawat yang sebenarnya ? mengapa selawat pada junjungan besar nabi muhammad ini suatu perkara yang a'zimdalam agama.
Makna selawat (الصلاة)
(الصلاة) : Berkata Imam Suhaili bahawa ahli lughah telah membahagikan makna selawat itu kepada tiga iaitu selawat yang membawa maksud doa, rahmat dan solat (yang ada padanya ruku’ dan sujud). Imam Suhaili menjelaskan bahawa pada hakikatnya ketiga-tiga makna di atas itu adalah berasal daripada makna yang satu ialah(العطف) iaitu belas kasihan namun belas kasihan itu terbagi pada dua iaitu hissi dan maknawi.
Belas kasihan disini bukan seperti yang difahami oleh kita iaitu belas kasihan kepada orang yang memerlukan tetapi maksud (العطف) belas kasihan disini adalah lebih luas. Manusia apabila merasa belas kasihan pada orang yang dikasihinya pasti dia akan sentiasamenjaga,memulia,memuji dan menunaikan hak orang yang dikasihinya seperti mana seorang ibu merasa belas kasihan kepada anaknya.
Maka belas kasihan makhluk dari segi perbuatannya (hissi) adalahlahir daripada belas kasihan dalam jiwa nurani (maknawi). Oleh itu kita sebagai umat baginda sekiranya ada dalam jiwa nurani kita rasa belas kasihan pada Rasulullah nescaya kita ingin menterjemahkanyadalam bentuk perbuatan (hissi) namun itu sesuatu yang diluar qudratkita. Apa yang mampu kita lakukan ialah berdoa kepada Allah agar Allah yang memberikan kepada Rasulullah setinggi kurnia dan kelebihan yang layak bagi kedudukan baginda.
Sifat belas kasihan(العطف) Allah pula pada baginda nabi adalah tidak bersamaan dengan sifat belas kasihan makhluk sepertimana tidak bersamaan sifat Pemurah (الكريم) Allah dengan sifat pemurah manusia. Oleh itu terpecahlah makna selawat (الصلاة) itu menjadi doa jika selawat itu daripada makhluk dan rahmat yang diiringi dengan kemulian jika selawat itu daripada Allah yang sebenarnya berasal darisatu makna iaitu (العطف) .
Sementara makna selawat yang ketiga iaitu solat (yang ada padanya ruku’ dan sujud) jua berasal dari (العطف) namun makna yang ketiga ini hanya bersifat hissi kerana ruku’ dan sujud itu adalah tanda tundukkepada perintah Allah yang memfardhukan solat keatas hamba-hambanya.
Imam Ibn Hajar al-Haitami jua mengatakan inilah yang paling benar disisinya iaitu selawat itu maknanya ialah (العطف) belas kasihan. Beliau memperincikan bahawa selawat daripada malaikat pula ialah istighfar dan sebagaimana yang diketahui bahawa istighfar juga adalah salah satu bentuk doa.
Kesimpulannya, selawat daripada Allah ialah rahmat yang diiringi dengan kemulian, daripada malaikat ialah istighfar dan daripada manusia ialah doa. Ini adalah makna selawat yang mudah difahami.wallua'lam.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan penuh berhemah.Sebarang kata-kata kesat dan kata-kata yang boleh menyentuh sebarang sensitiviti amat dilarang.