Share |

INFO GAMB


GAMB atau Gabungan Anak Muda Melayu Bersatu memiliki signifikan tersendiri di sebalik namanya.


Antaranya adalah:
Menyatukan, mengukuhkan, memartabatkan, dan memelihara silaturahim sesama anak-anak muda berlandaskan kepada semangat ukhuwah islamiyyah iaitu semangat persaudaraan sesama muslim.Silaturahim yang kuat berpegang teguh kepada tali Allah Swt akan membentuk sebuah komuniti yang bersatu padu yang mana akhirnya mampu bergerak secara bersepadu dan sistematik bagi merencanakan pelbagai strategi perlaksanaan untuk memartabatkan golongan muda khususnya golongan MELAYU muda beragama islam.




1.      Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan kesetiaan kepada negara dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan ahli-ahli;

2.      Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan, kerohanian dan lain-lain;

3.      Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat;

4.      Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan;

5.      Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuhkan sumber kewangan pertubuhan;

6.      Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan program pembangunan belia.

7.      Melahirkan ahli berfikiran positif,berpandangan jauh,bersemangat melayu sejati,ada kesedaran & niat utk membantu mengukuhkan kembali perpaduan bangsa melayu. Ahli juga perlu bersikap matang dari aspek pemikiran,sikap dan sahsiah diri.

8.      Membentuk bersopan santun, hormat-menghormati, ada semangat patriotisme yg tinggi,menghormati pandangan pihak lain.

9.      Para ahli perlu berpegang kepada keluhuran perlembagaan,rukun negara,Agama dan mempunyai nilai-nilai patriotisme yg tinggi.

10.  Membentuk para ahli perlu mengamalkan musyawarah iaitu satu wadah    utk berbincang mengenai sesuatu aspek.

11.  Membawa anak muda Melayu kepada semangat melayu yg tinggi, jiwa melayu, identiti kemelayuan yg tinggi dan sifat melayu sejati.

12.  Menentang pihak-pihak yang cuba mempertikaikan perlembagaan perkara 153, perkara 152, perkara 30, institusi raja-raja melayu, keamanan negara  dan mereka yang cuba membuat sebarang provokasi ke arah perkara yang negatif.

:INFO GAMB
Home