Share |

ROS, KDN & PDRM Mesti Ambil Tindakan Terhadap HRPM!

GAMB PUBLICATIONS

Isu Interlok yang mencetuskan kontroversi beberapa minggu ini telah memberi impak sehingga ke tahap beberapa siri demonstari cuba dianjurkan oleh HINDRAF sebanyak 100 buah kereta di Klang namun dengan kecekapan PDRM, cubaan demo terbabit berjaya dipatahkan.

Kini, ada pula pihak tidak bertanggungjawab dikenali sebagai Human Rights Party Malaysia atau HRPM cuba menganjurkan sebuah forum berjudul END UMNO RACISM & INTERLOK. Forum terbabit cuba dianjurkan di Taman Sentosa, Kapar, Klang.

Tindakan penganjuran itu telah membawa kepada bantahan penduduk pelbagai kaum di Kapar yang telah diwakili oleh Ketua Pemuda UMNO Kapar, Mohd Roslee Abd Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan (JKKP) Kapar, Asref Ali CK Marikar.

GAMB juga ingin menyuarakan bantahan keras terhadap pihak HRPM diatas tindakannya yang boleh mencetuskan kembali peristiwa rusuhan kaum India dan Melayu pada tahun 60 an di Kampung Medan.

GAMB amat menyokong Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan cetusan idea Perdana Menteri tercinta, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang begitu mementingkan keharmonian kehidupan dalam kalangan kaum di Malaysia.GAMB juga mendesak agar pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia atau ROS agar melakukan siasatan kerana GAMB berpendapat bahawa HRPM mungkin merupakan sebuah badan yang tidak berdaftar.

Pihak Kementerian Dalam Negeri atau KDN menerusi Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pula mestilah mengenakan hukuman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan 1948 terhadap pihak yang menjadi dalang dalam cubaan penganjuran forum berkenaan.Isu ini bukan isu politik namun sengaja dipolitikkan untuk dijadikan modal bagi menghadapi PRU 13.

Namun, bantahan keras GAMB bukan atas prinsip politik sebaliknya GAMB menyuarakan pendirian tetap dan teguh untuk kepentingan keharmonian semua kaum di Malaysia.Pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengapi-apikan perkauman melalui isu ini merupakan mereka yang buta sejarah dan tidak mengambil iktibar atas peristiwa rusuhan kaum Tahun 60-an di Kampung Medan.

Harapan GAMB agar semoga isu Interlok ini tidak disensasikan lagi kerana biarkan Jawatankuasa Panel Bebas melaksanakan tugasan mereka dalam mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini agar memberi manfaat kepada seluruh kaum di Malaysia di samping membendung sebarang anasir yang dapat menjurus ke arah kerosakan dalam kehidupan semua kaum di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan penuh berhemah.Sebarang kata-kata kesat dan kata-kata yang boleh menyentuh sebarang sensitiviti amat dilarang.

Next Previous Home
English French German Spain Italian Dutch Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google