Share |

OPS LAlang,tun M dan TS Hanif

setelah xplore laman sesawang nie..akhirnya jumpa gak serba sedikit kisah opslalang ni lagi
mari baca >>>>

Pada 18 Julai lalu tahun lalu Dewan Negara telah menganjurkan Program Pemantapan Dewan Negara. Ia merupakan tindakan follow thru’ untuk memantapkan lagi Senate dan para senator dari segi kewibawaan, kualiti dan integriti. Syabasy dan tahniah, Tan Sri YDP.
2. Bagi mencapai hasrat murni tersebut, pada kali ini, maklumat dan pengalaman mengenai status ISA, NKRA Jenayah dan ancaman terrorisma telah dikongsi bersama.
3. Yang menarik perhatian suaragamb ialah maklumat baru yang kami baca di bnyak laman web sekarang



mana-mana. Maklumat-maklumat itu ialah:
• Akta ISA wajar DIKEKALKAN demi keselamatan Negara tetapi ianya MESTILAH dipinda demi keadilan terhadap rakyat dan mereka yang ditangkap di bawah akta tersebut. Ia wajar dipinda agar hipokrasi yang berlaku di Rhodesia / Zimbabwe tidak berlaku di Negara ini.
Semasa Ian Smith berkuasa di Rhodesia, Mugabe yang dilihat sebagai pemberontak, telah dipenjara di bawah ISA. Maka tidak hairanlah Mugabe mendesak supaya undang-undang ISA itu dimansuhkan. Apa yang menjadi hipokrasi ialah apabila Mugabe berkuasa di Negara tersebut yang kini bernama Zimbabwe, ISA terus dikekalkan dan digunakan pula terhadap musuh-musuh politiknya;


• SOP Polis hendaklah segera diperbaiki supaya jelas, telus, terperinci berhubung layanan terhadap mereka yang ditangkap di bawah ISA agar hak asasi manusia terus terpelihara;


• Prof. Emeritus Shad tidak yakin TS Samad Ismail adalah seorang komunis sekalipun TS sendiri telah membuat pengakuan. Tun Hanif mengambil peluang menerangkan bahawa TS sesungguhnya adalah seorang agen komunis yang berpengaruh dan merbahaya. LKY ada membuat kenyataan ini di dalam Memoirnya;


• DS (Tun) Dr Mahathir, mantan PM dan Menteri Dalam Negeri, TIDAK suka menggunakan ISA, berdasarkan pengakuan TS (Tun) Hanif, mantan KPN (IGP);


• berdasarkan pengakuan TS (Tun) Hanif juga, mantan KPN, DS (Tun) Dr Mahathir, mantan PM dan Menteri Dalam Negeri ketika itu, TIDAK setuju dengan Operasi Lalang pada tahun 1987 di mana 104 telah ditahan. Namun beliau terpaksa akur dengan syor KPN demi memelihara keselematan Negara. Maknanya, Operasi Lalang TIDAK berunsur political.
Natijahnya KPN tegas bertindak atas dasar profesionalisma dan integriti yang tinggi sekalipun bos beliau tidak setuju manakala Dr Mahathir pula bersedia menerimapakai nasihat/syor pegawai beliau yang mempunyai bukti dan dalil yang kukuh. Beliau tidak meletakkan blame ke atas bahu KPN sekalipun satu dunia mengutuk beliau mengenai Operasi Lalang ini. Outcomenya ialah Negara dan rakyat selamat; kehidupan harian berjalan seperti baisa.


4. sekali lagi suaragamb melaungkan yang kami akan menyokong Akta ISA apabila dibentangkan di Dewan Negara nanti dengan pindaan-pindaan tertentu.





No comments:

Post a Comment

Komen dengan penuh berhemah.Sebarang kata-kata kesat dan kata-kata yang boleh menyentuh sebarang sensitiviti amat dilarang.

Next Previous Home
English French German Spain Italian Dutch Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google