GAMB PUBLICATIONS
Simposium Dilema Melayu yang dianjurkan oleh ASPIRASI atau Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia telah meggariskan beberapa resolusi yang bertemakan Menakhodai Perubahan Generasi Dalam Mengekalkan Kedaulatan Negara Bangsa.
Antara resolusi berkenaan adalah;
Penerangan sebenar mengenai istilah rasis oleh Dewan Bahasa dan Pustaka atau DBP
Menyokong penuh usaha kerajaan meneruskan DEB yang masih relevan melalui pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi dan model ekonomi baru dan golongan muda Melayu harus mengambil tanggungjawab serta menggerakkan inisiatif dalam memacu ekonomi negara.
Menyarankan kerajaan dan media memainkan peranan lebih meluas dalam membangkitkan kesedaran berkaitan identitifikasi melayu iaitu bertutur dalam bahasa melayu, mengamalkan adat istiadat melayu dan beragama islam berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan.
Menyokong penuh pendekatan PM berkaitan pemilihan calon pilihanraya yang berkaliber dan boleh menang tanpa mengambil kira jawatan dalam parti atau senioritinya dengan harapan UMNO dapat membuat transformasi terhadap kualiti kepimpinan khususnya berkaitan sistem keahlian dan pemilihan calon sebagai pemimpin masyarakat.
Menyarankan semua ahli politik Melayu mempersiapkan diri dengan ilmu sejarah negara dan informasi terkini bagi melaksanakan penyatuan melayu atas kepentingan negara bangsa dengan mengenepikan ideologi berbeza berdasarkan faktor penentu yang utama iaitu kestabilan politik.
Mencadangkan kementerian pelajaran untuk terus memperkukuhkan dan mempertahankan kurikulum sejarah di sekolah dengan memastikan penulis sejarah sentiasa mengutamakan fakta sebenar khususnya berkaitan tamadun dan perjuangan orang melayu di samping mengharapkan sokongan NGO Melayu mempertahankan ketuanan melayu apabila dicabar.
Mencadangkan kepada pihak universiti untuk mengukuhkan usaha meningkatkan penghayatan nilai-nilai kehidupan murni serta sokongan peranan ibu bapa memperkasa institusi keluarga ke arah negara berpendapatan tinggi dan kehidupan masyarakat harmoni.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan penuh berhemah.Sebarang kata-kata kesat dan kata-kata yang boleh menyentuh sebarang sensitiviti amat dilarang.