GAMB PUBLICATIONS
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Utara Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid berkata satu usaha bersepadu perlu digerakkan untuk menyemarakkan API perjuangan golongan muda melayu sekaligus menjamin kelangsungan orang melayu di negara ini.
API bermaksud Akhlak, Patriotisme dan ilmu pengetahuan membawa kepada penyatuan dan pengukuhan masyarakat melayu.Selain usaha memupuk perpaduan ummah tanpa mengira fahaman politik yang menjadi kunci kekuatan, 3 perkara berkenaan (API) sama penting untuk disemarakkan setelah ia semakin malap pada masa ini.
Wujud gelombang penghakisan politik, ekonomi dan hal-hal masyarakat melayu dari semasa ke semasa.Katanya lagi, "Melayu bertunjangkan kepada kekuatan akhlak, kecintaan kepada negara dan kemajuan ilmu pengetahuan".
No comments:
Post a Comment
Komen dengan penuh berhemah.Sebarang kata-kata kesat dan kata-kata yang boleh menyentuh sebarang sensitiviti amat dilarang.