Share |

Dilema Umat Islam


Sejak kebelakangan ini Negara Islam mengalami revolusi dan satu demi satu pemimpin mereka meletak jawatan,bermula di Tunisia bergerak ke Mesir dan sekarang sudah sampai ke Algeria,Yemen dan Bahrain.Masalah utama umat Islam di Negara Tunisia dan Mesir ialah harga barang yang semakin meningkat kesan daripada populasi dunia semakin bertambah manakala kawasan pertanian semakin berkurang.Harga roti di Mesir sudah sampai ke tahap sehingga rakyat Mesir bersedia untuk berdiri depan kereta kebal sehingga Presiden Mubarak meletak jawatan.Presiden Mubarak merupakan seorang pemimpin yang kaya raya tetapi rakyatnya hampir mati kebuluran.

Yang mendapat perhatian penulis ialah di negara Islam apabila harga barang naik,sudah tentu ada demonstrasi atau rusuhan oleh rakyat berpendapatan rendah tetapi yang menangkap perhatian penulis ialah jarang menjumpai orang bukan Islam melakukan sedemikian.Mereka seakan berpendapatan tinggi sehingga kenaikan harga barang kurang menjejaskan majoriti hidup mereka,contohnya di Malaysia,apabila harga barang naik kita boleh lihat orang Melayu Islam yang berdemonstrasi tetapi persoalannya kenapa orang bukan Islam terutamanya kaum Cina tidak terjejas akibat kenaikkan harga barang?Seperti pembaca tahu bangsa Cina menguasai ekonomi Malaysia walaupun populasi mereka merangkumi 25% rakyat Malaysia.

Semakin lama,keadaaa umat Islam dari segi ekonomi semakin menakutkan,walaupun majoriti negara Islam mempunyai sumber minyak tetapi apa akan jadi jikalau sumber itu habis? Adakah ekonomi dari Moroco ke Indonesia akan tumbang?Negara China walaupun pada tahun 1980-an cuma merangkumi sawah padi tetapi sekarang mereka berjaya menghasilkan syarikat komputer yang boleh bersaing di pasaran dunia iaitu Lenovo,negara Islam mempunyai minyak terbesar di dunia tetapi sampai sekarang umat Islam gagal mencipta komputer buatan sendiri.Adakah minyak itu digunakan sebaik-baiknya? Di Saudi Arabia pembaca boleh lihat Istana Sultan dengan keluarganya yang mengkagumkan tetapi kenapa rakyat mereka masih tidak boleh mencipta komputer sendiri?Semua orang tahu bidang teknologi merupakan bidang yang amat penting dalam dunia globalisasi.

Umat Islam seperti takut menceburi bidang sains dan teknologi kerana beranggapan fikiran mereka akan berlawanan dengan Al-Quran dan Sunnah,tetapi lupakah kita Zaman Kegemilangan Islam ialah ketika zaman Abbasiyah dimana Baghdad,Iskandariah dan Cordova merupakan bandar ilmu terbaik dunia,ketika itu Umat Islam di disanjung dalam kemajuan mereka dalam pelbagai bidang seperti sains&teknologi,perubatan,arkitektual,matematik,astrologi dan lain-lain.Ketika itu umat Islam berpegang teguh kepada hadis Rasullulah iaitu “dakwat seorang ilmuwan lebih berharga daripada darah pejuang mati syahid”.Jadi kenapa umat Islam sekarang  ketinggalan dalam ilmu fardhu kifayah?

Umat Islam perlukan Renaissance atau perubahan fikiran ,kita perlu mengangkat fardhu ain dan fardhu kifayah sama rata demi pembangunan ummah,negara yang melebihi fardhu ain daripada fardhu kifayah ialah negara yang mundur tetapi kuat dalam pegangan Islam manakala negara yang melebihi fardhu kifayah daripada fardhu ain ialah negara yang maju tetapi mempunyai masalah sosial.Malaysia merupakan Negara Islam yang diantara paling maju didunia akibat bantuan orang bukan Islam,persaingan baik antara golongan Islam dan bukan Islam boleh membangunkan umat Islam Malaysia kerana kita sudah boleh menguasai pasaran China,India dan Negara Arab kerana budaya yang lebih kurang sama dengan rakyat Malaysia,interaksi dengan bukan Islam amat digalakkan supaya boleh mempelajari salesmanship bangsa Cina atau talking skills bangsa India.

Umat Islam perlu lebih berdikari dan tidak taksub dengan akhirat sehingga dunia dilupakan,Islam menjanji bahawa sesiapa umat memegangnya dengan betul akan berjaya di DUNIA dan AKHIRAT,jadi umat Islam diharapkan mencari ilmu dengan gigih kerana Allah s.w.t demi membangunkan ummah,walaupun umat Islam mempunyai perasaan tidak senang dengan bangsa Yahudi tetapi kita tidak boleh hidup tanpa produk mereka (McD,Disney,CocaCola dan lain-lain) ini disebabkan oleh kepintaranYahudi ,Umat Islam diharap bermula berniaga dan secara perlahan-lahan membangunkan perniagaan masing-masing agar kita tidak ditindas oleh bangsa lain.Hartawan beragama Islam diharap membantu golongan berpendapatan rendah dari segi kewangan ataupun ilmu supaya semua umat Islam dapat merasai kemanisan hidup,hartawan negara seakan tidak ambil peduli keadaan umat Islam yang miskin dan tidak berilmu,Tan Sri Syed Mokhtar ialah contoh terbaik kerana beliau menubuhkan Al-Bukhary Foundation untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan juga membina museum Islam.

Mari kita semua berdoa untuk masa depan saudara seagama kita terus cerah dan penulis berharap revolusi di Tunisia dan Mesir berbaloi dengan pemimpin-pemimpin  baru dan dinamik,jangan kita lupa bahawa Iran melalui revolusi ketika tahun 1970-an dengan menghalau monarki mereka Shah Reza yang digantikan oleh seorang Ulama tetapi sampai sekarang rakyat Iran masih dalam kemiskinan.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan penuh berhemah.Sebarang kata-kata kesat dan kata-kata yang boleh menyentuh sebarang sensitiviti amat dilarang.

Next Previous Home
English French German Spain Italian Dutch Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google