Share |

SEJARAH PENUBUHAN PROTON


Rakyat Malaysia perlu belajar sejarah penubuhan Proton,syarikat kebanggaan nasional ini merupakan titik permulaan bagi sektor automotif buatan Malaysia jadi sama-sama kita renungkan kebaikan dan keburukan sejarah ini demi memajukan sektor automotif negara.
Pada tahun 1980,Dr Mahathir semasa itu Menteri Perdagangan dan Industi mengarahkan MIDA(Lembaga Kemajuan Industri Malaysia)memulakan kajian projek kereta buatan nasional.Hasilnya HICOM sebuah syarikat industry berat Negara mendapat pertolongan daripada syarikat automotif Jepun MITSUBISHI berjaya menghasilkan model Saga berasaskan Mitsubishi Lancer Fiore dengan kuasa 1300cc dan 1500cc.Syarikat Proton ditubuhkan untuk menjual model Saga ini,HICOM memiliki 70%saham manakala Mitsubishi memiliki 30%.

Model Saga Berjaya menguasai 70% pasaran kereta penumpang berkapasiti sederhana Malaysia,kejayaannya disebabkan harga Proton Saga yang jauh lebih murah daripada kereta asing akibat cukai import tinggi kepada kereta dan alat kompenan asing.Walaupun Proton berjaya memasuki pasaran Malaysia,syarikat induk HICOM perlu menanggung kerugian besar Proton semenjak penubuhannya sehingga tahun 1989 kerana kos teknikal,alat kompenan,teknologi dan lain-lain daripada Jepun.

Dr Mahathir ingin Proton dieksport secepat mungkin terutamanya di pasaran lebih besar seperti USA tetapi syarikat Mitsubishi tidak berminat dengan cadangan itu kerana takut Proton dapat bersaing dengan kereta buatan Jepun di luar negara,cadangan itu seperti tidak bergerak sehingga seorang peniaga Malcolm Bricklin berminat membawa Proton ke USA, tetapi perjanjian antara mereka buntu apabila Malcolm gagal mendapat kebenaran pihak berkuasa USA,malahan Malcolm secara tiba-tiba menjual syarikatnya semasa berurusan dengan Proton, kesannya kerugiaan jutaan ringgit kepada kerajaan Malaysia.Secara amnya kejayaan syarikat kereta Jepun adalah disebabkan pasaran USA yang mempunyai cukai import rendah dan populasi ramai,Honda antara contoh syarikat auomotif mempunyai stratergi sama apabila baru ditubuhkan malangnya Proton gagal kerana ditipu syarikat asing.

Pada tahun 1991,Dr Mahathir mengumumkan rancangan syarikat kenderaan nasional kedua iaitu Perodua dengan bantuan syarikat Daihatsu,persaingan antara 2syarikat ini akan lebih membangunkan indusri automotif negara.Sekarang Perodua sudah mengalahkan Proton dengan bilangan jualan kereta tempatan di Malaysia,kereta MyVi berjaya kekal sebagai kereta tempatan paling popular selama 4 tahun di negara ini walaupun Proton bermula operasi lebih lama.

Setelah dekad 2011 bermula,pelbagai krisis melanda dunia  yang semestinya akan mengubah sektor automotif dunia antaranya krisis kenaikkan harga minyak dan gerakan alam sekitar.Kereta buatan tempatan seakan gagal bersaing di pasaran luar negara kerana tidak mempunyai teknologi terkini untuk menonjolkan produk mereka di mata antarabangsa,tidak boleh dinafikan sektor automotif negara banyak memberi sumbangan kepada Malaysia dari segi teknologi,pekerjaan dan perasaan kebanggaan tetapi mereka perlu lebih kreatif dan innovatif dalam pembuatan kereta mereka,agar satu hari kereta buatan Malaysia boleh merevolusikan cara dunia membuat kereta.Sekarang pembeli kereta mengutamakan 3 benda iaitu:
1.Kos(kereta dan alat kompenan)
2.Penjimatan Minyak
3.Keselamatan
Jadi saya berharap agar sektor automotif negara boleh memfokuskan kepada 3 benda diatas dan bukannya menghasilkan kereta dengan nafsu sendiri.
GAMB PUBLICATIONS

No comments:

Post a Comment

Komen dengan penuh berhemah.Sebarang kata-kata kesat dan kata-kata yang boleh menyentuh sebarang sensitiviti amat dilarang.

Next Previous Home
English French German Spain Italian Dutch Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google