Share |

The Pocket Rocket Man Ditimpa Kemalangan!

GAMB PUBLICATIONS


PENOLONG jurulatih, Harnizam Basri (kanan) memapah Azizulhasni yang mengalami kecederaan ngeri sebaik sahaja dia berjaya melintasi garisan penamat dengan meraih pingat gangsa dalam acara keirin akhir Siri Piala Dunia Klasik di Manchester, semalam.

The Pocket Rocket Man gelaran buat jaguh lumba basikal negara kita, Azizulhasni Awang dilaporkan mengalami kecederaan teruk setelah terlibat dalam kemalangan dalam laluan memenangi pingat gangsa pada Siri Piala Dunia Klasik di Manchester, semalam.

Mohd. Azizulhasni Awang selamat dibedah selepas mengalami kecederaan ngeri, tertusuk serpihan kayu di betis kirinya.

Azizulhasni bersama empat lagi pelumba terlibat dalam kemalangan, menyebabkan serpihan dari trek kayu sepanjang 23 sentimeter tertusuk di betisnya. Dia tetap meneruskan perlumbaan selepas kemalangan dan hanya menyedari tentang kecederaan yang dialami selepas menamatkan saingan.


Kecederaan tersebut sekali gus menutup terus hasrat pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu beraksi di Kejohanan Trek Dunia yang akan berlangsung di Apeldoorn, Belanda bulan depan.


Insiden tersebut terjadi dalam acara keirin akhir menyaksikan pelumba sedang berasak-asak untuk melintasi garisan penamat sebelum berlakunya pelanggaran sesama sendiri dalam kelajuan 60 atau 70 kilometer per jam.


Ia bermula dengan pelumba Sepanyol, Juan Peralta Gascon tergelincir sebelum terlanggar Azizulhasni yang mewakili pasukan trek profesional negara, Yayasan Sime Darby (YSD) diikuti dua pelumba lagi terjatuh, Kamil Kuczynski (Poland) dan Edward Dawkins (New Zealand) namun keempat-empat mereka bangkit meneruskan perlumbaan dengan cara yang berbeza.



Ahmad Shabery berkata, berdasarkan semangat yang ditunjukkan Azizulhasni, beliau yakin pelumba harapan negara itu mampu sembuh lebih awal.


"Kita berharap semangat seperti ini akan dicontohi oleh seluruh atlet negara," katanya.
Beliau menambah, kerajaan akan meneliti laporan doktor sebelum membuat keputusan lanjut tentang rawatan susulan yang perlu dilalui oleh Azizulhasni.


Dalam pada itu, Ahmad Shabery yang dalam lawatan kerja rasmi ke United Kingdom berkata, Azizulhasni tetap berpeluang untuk layak ke Sukan Olimpik dan seterusnya berusaha mendapatkan pingat emas pertama negara.


Menurutnya, kecederaan itu juga tidak akan menganggu usahanya untuk layak ke temasya berkenaan kerana keazaman dan juga ketabahan yang beliau tunjukkan.


"Dengan kedudukan itu dan mata yang beliau kumpul, Azizulhasni masih lagi berkedudukan sebagai pelumba No. 1 dunia bagi acara kierin.


"Saya percaya selepas pulih, beliau mampu untuk memberikan persembahan terbaik dan seterusnya melayakkan diri ke sukan Olimpik nanti," katanya.


Kami daripada GAMB berasa sangat kagum dengan semangat yang ditonjolkan oleh The Pocket Rocket Man ini di mana moralnya ialah kita perlu bersemangat tinggi dalam melaksanakan satu misi penting bagi memartabatkan negara kita walaupun kita sedar bahawa diri kita terpaksa dikorbankan demi kepentingan negara sendiri.


Kami daripada pihak GAMB ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum agar mendoakan semoga jaguh kita ini cepat sembuh.Dan, kami juga mendoakan semoga Allah Swt merahmati The Pocket Rocket Man!

No comments:

Post a Comment

Komen dengan penuh berhemah.Sebarang kata-kata kesat dan kata-kata yang boleh menyentuh sebarang sensitiviti amat dilarang.

Next Previous Home
English French German Spain Italian Dutch Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google