Share |

OPS LALANG DAN AKTA ISA

tun dr mahathir mohamad(mantan PM MALAYSIA)
tan sri hanif omar(KP ketika ops lalang)

Operasi lalang atau ops lalang telah dilancarkan pada 27 oktober 1987 oleh kerajaan Malaysia dibawah kendalian polis diraja Malaysia atau kementerian dalam negeri yang pada masa itu diketuai oleh mantan perdana menteri Malaysia ke4 TUN dr. MAHATHIR MOHAMAD.
Operasi ini bertujuan untuk menangkap mereka yang mengeruhkan keadaan politik dimalaysia pada tahun berikut..

Dalam operasi berkenaan dianggarkan seramai 106 ahli politik ditahan terutama dari parti pembangkang yang pada masa itu diketui oleh lim kit siang.mereka semua ditahan di atas akta ISA.
Beberapa akhbar arus perdana juga di arahkan tutup operasi seperti the star dan Sin Chew Jit Poh



Antara yang ditahan ketika itu ialah:

Lim Kit Siang - ketua pembangkang dan Setiausaha Agung DAP
Chandra Muzaffar- Presiden ALIRAN
Karpal Singh- Timbalan Pengerusi DAP
Dato Lim Kim Sai - Timbalan Presiden MCA
Chan Kit Chee
Kua Kia Soong- Dong Jiao Zong
Lim Fong Seng Pengerusi (Chinese Education Assosations)
Halim Arshat - Ketua Pemuda PAS
Ibrahim Ali Ahli Parlimen Pasir Mas, UMNO
Mohamed Fahmi Ibrahim - Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO .

kebanyakan tahananan ini telah dibebaskan sekarang sama ada bersyarat atau tidak bersyarat. 40 orang yang selebihnya telah dikeluarkan perintah tahanan dua tahun,Ini termasuk Lim Kit Siang dan Karpal Singh ,Pada mulanya bilangan yang ditahan ialah 97 orang, dan boleh dikategorikan kepada 3

a) parti politik= 37 orang;
b) gerakan social= 23 orang;
c) individu= 37 orang.

Operasi Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas hukuman. Sebaliknya pemimpin pembangkang mahupun kerajaan yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting, Taiping, selama 2 tahun atau lebih.

Mereka semua ini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara, sama ada orang itu bersalah atau tidak hal ini telah menyebabkan Malaysia dikritik hebat oleh global.
Ironinya,walaupun pemimpin amerika syarikat George w bush menyuarakan kritikkan pada akta yang dicipta malaysia tapi Amerika Syarikat juga telah mencipta Akta Patriot yang menyerupai ISA dan semua tahanan telah ditempatkan di Kem tahanan Teluk Guantanamo, Cuba.

Kontroversi juga berlaku pada tahun yang sama iaitu persaingan sengit untuk merebut jawatan presiden UMNO pada masa itu antara kem dr.Mahathir ditentang kem Tengku Razaleigh di mana dr. Mahathir muncul sebagai pemenang. Jadi Operasi Lalang ini dikatakan sebagai helah mengalihkan isu sebenar.

Kesimpulannya ops lalang ini tidak Berjaya memutihkan sistem politik di Negara malaysia sehingga sekarang kerana bekas-bekas tahanan ISA masih bergiat aktif dalam arena politik.
Adakah perlunya ops lalang ini dimainkan semula oleh kerajaan.kerana dilewat ini kita selalu mendengar cerita ahli politik cuba burukkan nama MALAYSIA diluar Negara,suara mahasiswa yang menggugat keselamatan Negara.apakah perlunya akta ISA ini diteruskan dan gerakkan semula operasi lalang ini?.

Kami suaragamb sentiasa menyokong penuh akta ISA demi keselamtan Negara.
Pesanan kami untuk mahasiswa diluar yang memegang slogan” suara mahasiswa suara keramat”
Sedarlah dalam mainan catur tiada istilah queen atau king yang jalan dulu mesti bidak yang jalan untuk dijadikan kambing hitam.



No comments:

Post a Comment

Komen dengan penuh berhemah.Sebarang kata-kata kesat dan kata-kata yang boleh menyentuh sebarang sensitiviti amat dilarang.

Next Previous Home
English French German Spain Italian Dutch Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google