Share |

TANAH INI





Tanah ini di hina,
Oleh anak watan pribumi merdeka,
Demi sesuap nasi 'kuasa' ,
Taring menyeringai menurut nafsu tuannya,

Tanah ini tanah lahir hamba,
Demi Tuhan pemilik semesta,
Kun Fa Ya Kun,jadi maka jadilah ia,
Di pinjam kan ke keturunan Adam sebagai pemilik sementara.



Di sini rezeki hamba melata,
Beranak pinak berkeluarga bersama,
Akhir kalam kehidupan hamba,
Mungkin di sini dengan restuNya.

Hapuskan petualang bangsa agama...mencelur amarah mencari punca,
Jika jual kata mereka...membeli hamba..rela hamba rela...
Biar mati tak berkapan,dari mati menjadi pengkhianat negara ,agama dan bangsa.

Muhamad Sodbaroya
Bdr tsk Kesuma
ahli MT GAMB.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan penuh berhemah.Sebarang kata-kata kesat dan kata-kata yang boleh menyentuh sebarang sensitiviti amat dilarang.

Next Previous Home