Share |

PENDAFTARAN AHLI SEUMUR HIDUP GAMB






seperti yang ditulis diatas GAMB sedang mengalamai satu lagi transformasi bukan reformasi yer..dimana borang keahlian GAMB telah dibuat..ini bermakna ia telah dinaik taraf dari hanya berdaftar di blog suaragamb dan di laman sosial facebook kepada borang yang SAH...
individu yang ingin mendaftar sebagai ahli seumur hidup GAMB juga dikehendaki membayar sejumlah wang,sebanyak RM10..yuran ini hanya digunakan untuk tahun ini sahaja,ini bermakna mulai jan 2012 yuran pengaktifan diri sebagai ahli seumur hidup GAMB akan menjadi jumlah asal iaitu RM60..hal ini bertujuan untuk menghormati ahli2 yang terawaL bersama GAMB.



untuk mendapatkan borang keahlian sila berhubung dengan mana-mana jawatan kuasa kerja GAMB..
selepas memperoleh borang,individu tersebut dikehendaki melakukan beberapa perkara berikut:

1.bank in duit ke akaun GAMB,
2.photostate resit ATM (original disimpan untuk rujukkan manakala copy dipos bersama borang)
3.hantar borang melalui pos/email ATAU terus kepada mana-mana JK kerja GAMB
4.berhubung dengan mana-mana JK gamb untuk pengesahan

*borang boleh dipos melalui alamat:
no 10,jln seroja 3A/2,TAMAN SEROJA,BS6,BUKIT SENTOSA,48300 RAWANG SELANGOR

*no akau GAMB:
maybank= 162852028956


:PENDAFTARAN AHLI SEUMUR HIDUP GAMB

Majlis muhibbah bersama ahli baru,sesi penerangan&penyerahan borang rasmi GAMB

29 APRIL 2011,Bkt Sentosa.1 majlis yang dinamakan MAJLIS MUHIBBAH BERSAMA AHLI BARU,SESI PENERANGAN&PENYERAHAN BORANG RASMI GAMB telah diadakan bertempat di restoran anjung bukit sentosa..antara jawatankuasa yang hadir untuk majlis yang sederhana ini ialah timbalan presiden,setiausha,bendahari,ketua biro agama,BTK dan ketua GAMB melaka.





etamu vvip pada malam itu ialah yb isa adun batang kali.antara tetamu lain yang hadir ialah saudara angah kaloi dan rakan2,abang kit dan rakan2 dan juga saudara sheikh franco..kedatangan yang tidak dijangka itu menyebabkan kami jawatan kuasa sedikit tertekan kerana kerusi dan meja yang tidak mencukupi..dan walaupon yb isa datang hanya seketika tapi kehadiran yb isa amat berharga buat jawatan kuasa GAMB...diharapkan dengan kedatangan yb isa itu dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk menertai GAMB Insya'allah..


disini saya tunjukkan sekali imbas wim yang diserahkan pada ahli baharu semasa mengisi borang...

AGENDA PERTUBUHAN
Agenda utama GAMB ialah memberi konsep pemahaman dalam perjuangan Agama ISLAM dan Bangsa Melayu yang bukan sahaja dari teriakan dan pekikan sahaja atau bahasa lainnya ‘we try to make it smooth n easy’
TENTANG GABUNGAN ANAK MUDA MELAYU BERSATU
GAMB mahu menjadi platform bagi mengumpulkan seramai mungkin anak-anak muda Melayu yang bersemangat dan mempunyai niat murni untuk berjuang demi Agama Bangsa dan Negara. Pihak GAMB juga mahu memberikan kesedaran kepada generasi muda akan pentingnya semua bangsa Melayu terutama generasi muda untuk bersatu meneruskan perjuangan generasi terdahulu. Tujuan utama GAMB ialah:
1. Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan kesetiaan kepada negara dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan ahli-ahli;
2. Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan, kerohanian dan lain-lain;
3. Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat;
4. Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan;
5. Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuhkan sumber kewangan GAMB;
6. Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan program pembangunan belia.
7. Melahirkan ahli berfikiran positif, berpandangan jauh, bersemangat melayu sejati,ada kesedaran & niat utk membantu mengukuhkan kembali perpaduan bangsa melayu. Ahli juga perlu bersikap matang dari aspek pemikiran, sikap dan sahsiah diri.
8. Membentuk ahli supaya bersopan santun, hormat-menghormati, ada semangat patriotisme yg tinggi, menghormati pandangan pihak lain.
9. Para ahli perlu berpegang kepada keluhuran perlembagaan,rukun negara dan mempunyai nilai-nilai patriotisme yg tinggi.
10. Membentuk para ahli perlu mengamalkan musyawarah iaitu satu wadah untuk berbincang mengenai sesuatu aspek.
11. Membawa anak muda Melayu kepada semangat melayu yg tinggi, jiwa melayu, identiti kemelayuan yg tinggi dan sifat melayu sejati.
12. Menentang pihak-pihak yang cuba mempertikaikan perlembagaan perkara 153, perkara 152, perkara 30, institusi raja-raja melayu, keamanan negara dan mereka yang cuba membuat sebarang provokasi ke arah perkara yang negatif.

COGAN KATA GAMB
"MUSYAWARAH DAN MUAFAKAT MENJANA KEKUATAN UMMAH"

KEAHLIAN GAMB
Keahlian dari usia 16 tahun ke atas
(target keahlian GAMB bermula daripada remaja bawah umur memandangkan pengaruh politik yang kritikal di sekolah. Oleh itu pihak GAMB mahu memberi gambaran yang lebih jelas dan sentuhan sebenar tentang perjuangan)




INFO AHLI JAWATANKUASA GAMB

Seperti dalam laman sosial FB, admin GAMB atau adalah seperti berikut

 ILI DHIYANA BTE MOHD DIAH (SRIKANDI UTAMA)
JAWATAN : TIMBALAN PRESIDEN
NO K/P : 831017-10-5886
NO.TEL : 013-3239664 / 012-6619660
 MUHAMMAD NAJMI BIN AMIR (HULUBALANG UTAMA)
JAWATAN : SETIAUSAHA
NO.K/P : 910301-14-6277
NO TEL : 017-9020979
 NOR RAIHAN BTE MOHD KHAIRUDDIN (SRIKANDI UTAMA)
JAWATAN : BENDAHARI
NO. K/P : 890126-03-5338
NO. TEL : 019-3720528
 ANUAR BIN ABDUL RAHMAN ( PADUKA UTAMA)
JAWATAN : KETUA BIRO AGAMA
NO K/P :681004-02-5421
NO.TEL :010-7936036
 AHMAD REDZUAN BIN ABDUL RAUF (TEMENGGUNG UTAMA)
JAWATAN : KETUA BIRO EKONOMI
NO K/P :930503-14-6599
NO TEL :019-2591825
 SHAMSUL BAHAREN BIN RAMDAN (PANGLIMA UTAMA)
JAWATAN : KETUA BTK
NO K/P : 731221-10-6585
NO.TEL : 017-6344999
 MOHD REDZUAN JALINUS BIN ABDULLAH (PANGLIMA UTAMA)
JAWATAN : BTK
NO K/P : 710515-12-5109
NO.TEL : 013-6777618
 MOHD SYAWAL BIN SULAIMAN (PANGLIMA UTAMA)
JAWATAN : BTK
NO K/P : 770919-14-5063
NO.TEL : 019-2246025
 MOHAMMAD FARHAN BIN ABU TALIB (HULUBALANG UTAMA)
JAWATAN : KETUA GAMB MELAKA
NO.K/P : 881115-12-5341
NO.TEL : 013-4646354
 MUHAMAD SABRI BIN ABDUL JALIL
K/P:820223-13-5193
NO TEL:013-635 7897
 ZAFIR BIN ZAINUDDIN
NO K/P :830414-07-5145
NO.TEL : 010-4005011

pada malam itu juga sheikh franco &abang kit dilantik menjadi ahli jawatan kuasa mengisi kekosongan ketua biro modal insan dan ketua biro sukan...

bersama ini juga saya kepingkan beberapa gambar pada majlis malam yang sederhana itu,...




  
















































































:Majlis muhibbah bersama ahli baru,sesi penerangan&penyerahan borang rasmi GAMB

untuk semua pembaca>> kisah benar

Salam semua
suaragamb amat tertarik dengan 1 kisah benar yang ditulis oleh saudara hesmel nie.

Tapi dia ambil kisah ni pada salah seorang ahli politik merangkap ahli parlimen kulim/Bandar baharu YB datuk zulkifli nordin
Suaragamb terpanggil untuk panjangkan cerita ini..
Jadi kami siarkan hasil tulisan beliau di sini;



Salam 2 all.

Kebetulan teman singgah solat disebuah Masjid (nama tidak akan disebut). Selepas solat, kebetulan ada ceramah oleh seorang Ustad kawan teman yang juga aktivitis sebuah parti politik. (juga nama tidak akan disebut). Semasa berceramah, kawan teman ini tidak perasan yang teman ada disitu. Teman pun dok berlonggok dengan para jemaah masjid yang lain, yang ada dalam 30-50 orang, termasuk jemaah wanita (agaknya yang lain ke Sarawak kot).

Ustad kawan teman ini memulakan ceramah dengan membaca Surah Al Hujurat ayat 6 dan An Nur ayat 4. Lalu beliau mengupas tentang isu videoklip dan mendakwa ianya adalah satu fitnah besar menuduh orang berzina (cara dia kupas macam dia yang buat videoklip tu, walaupun sebenarnya dia tengok pun tak lagi). Malah beliau menyebut terus nama manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan sebagai mangsa fitnah zina, dan mendakwa mereka yang menuduh sebagai layak dihukum qazaf. Malah beliau menambah bahawa beliau hairan mengapa YAB Dato' Sri Najib boleh terlepas daripada tuduhan membunuh Altantuya sebaliknya "insan suci" (ni perkataan Ustad tu yop) Anwar Ibrahim terus difitnah.

Kemudian Ustad ni membawa kisah Nabi Yusuf a.s yang turut menjadi mangsa fitnah. Dan cara beliau bawa cerita tu seolah-olah Anwar dan Nabi Yusuf sama taraf yop!!!

Kebetulan ada makan-makan disediakan selepas ceramah, teman ambil kesempatan untuk betanya beberapa soalan. Teman tidak mahu bertanya secara terbuka selepas ceramah, khuatir nanti akan meletakkan Ustad kawan teman tu serba salah. Lalu teman pun ambil peluang untuk bertanya sambil makan-makan. Boleh nampak wajah ustad kawan teman itu saperti tidak selesa menyedari teman ada disitu. Lalu bermulalah dialog teman dengan Ustad kawan teman ni:

ZN : Salam Ustad, ana nak tanya adakah Ustad sudah menonton sendiri videoklip tersebut sepenuhnya, atau versi yang singkat itu?

Ust: Ana tidak gamak menengok sebab ianya haram! Malah sesiapa yang tengok itu semuanya haram dan melakukan dosa besar!

ZN: bagaimana Ustad tahu haram sedangkan Ustad tengok lagi pun tidak? Baik, ana nak tanya, kalau seorang perompak pecah masuk rumah seseorang, dan setelah merompak, dia merogol pembantu rumah orang tu, kemudian dia lari. Kebetulan rumah tersebut ada video CCTV, adakah haram bagi polis melihat video itu untuk mengecam perompak/ perogol tersebut? Adakah haram polis menyebarkan video itu dimedia cetak, elektronik dan cyber untuk mengecam perompak/ perogol itu?

UST: itu isu lain, itu satu jenayah! Sebenarnya videoklip ke, DNA ke tidak boleh dijadikan bahan bukti dimana-mana Mahkamah Syariah! (kata Ustad dengan agak meninggi suara) (Nota: teman agak terkejut dengan kenyataan ini kerana jelas memperbodoh dan memperlekeh Islam seolah-olah menolak sains & teknologi sedangkan dizaman kegemilangannyaa Islam mempelopori sains & teknologi).

ZN: dimana lainnya Ustadz? Soalnya sekarang ialah ada satu bahan bukti yang boleh mengecam siapa pelakunya, bukan perlakuan itu yang nak didedahkan! Baik, bagaimana pula kalau ada aduan menyatakan suami seseorang itu nusyuz dan mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain. Mereka didapati pergi kesebuah hotel. Yang ada hanya bukti CCTV yang kebetulan ada didalam bilik hotel itu. Takkan tidak boleh si isteri guna video CCTV itu untuk membuktikan sumainya curang?

UST: (tak menjawab).

ZN: isunya sekarang Ustad, videoklip itu diperlukan pertama untuk mengecam dan membuktikan pelaku dan watak didalamnya, bukan membuktikan perbuatan didalamnya. Hanya setelah terbukti siapa pelakunya baru kita pergi ke peringkat selanjutnya iaitu apa yang dibuat oleh para pelaku tersebut. Apakah itu salah dan berdosa?

Ust: tapi video itu adalah rakaman video lucah! Orang sedang buat seks!

ZN: Tadi Ustad kata tidak tengok lagi, mana Ustad tahu? Jadi tidakkah penting untuk Ustad tengok dulu baru buat rumusan? Tidakkah Ustad tahu tiada siapa yang membuat tuduhan seks atau zina terhadap Anwar Ibrahim. Datuk Eskay, kawan baik Anwar sendiri, hanya menggunakan video itu untuk memberitahu rakyat bahawa kawannya Anwar tidak layak jadi pemimpin, adakah itu salah?

Ust: Tetapi video itu mendedahkan 'aib seseorang, dan mendedahkan 'aib seseorang itu dilarang dan adalah haram hukumnya dalam Islam (lalu Ustad membaca sepotong ayat Al quran).

ZN: kalau ada seseorang datang meminang anak perempuan Ustad, dan kebetulan ana tahu akhlak dan karektor peminang tersebut, dan kebetulan ana ada satu videoklip menunjukkan perangai peminang itu, adakah ana berdosa ana memberitahu Ustad dan menunjukkan video itu sebagai bukti keterangan ana?

Ust: itu soal peminangan, tidak ada kena mengena dengan videoklip seks ini.

ZN: tapi Anwar Ibrahim mahu "meminang" seluruh rakyat Malaysia, tidakkah seluruh rakyat Malaysia berhak mengetahui akhlak dan karektor sebenar beliau sebab mereka yang akan menentukan samada mahu menerima "pinangan" Anwar Ibrahim atau tidak?

Ust: bukan begitu caranya, banyak cara lain yang boleh dibuat!

ZN: bagaimana cara lain itu Ustad?

Ust: (tidak menjawab tetapi sebaliknya berkata) Ana rasa elok kita tangguhkan dulu sembang kita kerana para jemaah lain mungkin ada urusan lain.

(Seorang jemaah menjawab, "takpa Ustad, kami pun nak tau jugak. Kebetulan YB ada sini eloklah Ustad perjelaskan").

ZN: ana nak sentuh isu qazaf yang Ustad sebut. Bukankah qazaf ini berlaku hanya jika seseorang menuduh tanpa bukti orang lain melakukan zina?

Ust: Ya, dan jika penuduh itu gagal membawa empat orang saksi yang cukup syaratnya penuduh itu hendaklah dihukum qazaf dengan 80 sebatan.

ZN: Tetapi didalam kes videoklip ini, Datuk Eskay atau mana-mana pihak lain tidak pernah membuat tuduhan untuk membuktikan Anwar berzina. Mereka cuma sekadar nak buktikan Anwar tidak layak menjadi seorang pemimpin umat Islam dan negara ini, dan video itu sebagai bukti. Itupun kita perlu tunggu sehingga polis mengesahkan ketulinan videoklip itu dan siapa watak-wataknya? Apakah itu juga termasuk dalam qazaf?

Ust: soalnya bukan menuduh zina, tetapi ianya videoklip menunjukkan perbuatan seks! Itu sudah cukup untuk mengujudkan qazaf! (Nota: padahal Ustad ni video tu pun tak tengok lagi!)

ZN: Adakah pendirian Ustad kalau ada wanita mengadu dirogol juga perlu membawa empat orang saksi, kalau tidak dia akan diqazaf?

Ust: Sesiapa juga yang menuduh seseorang dengan tuduhan membabitkan seks samada zina, rogol, liwat dan lain-lain, hukum Islam memerlukan empat orang saksi. Jika tidak, orang itu hendaklah dikenakan qazaf iaitu disebat!

ZN: (teman agak terkejut dengan jawapan Ustad ni) Tidakkah Ustad rasa dengan cara itu tiada wanita akan berani membuat lapuran polis mengadu dirogol! Tidakkah itu akan menggalakkan jenayah rogol, kerana para penjenayah ini akan tahu tiada siapa boleh bawak empat orang saksi. Adakah ini cara sistem keadilan Islam? Ana rasa ini bukan cara yang Islamik?

Ust: Islam lebih memelihara kehormatan seseorang, sebab itu ALLAH mewajibkan empat orang saksi (lalu Ustad membaca sepotong ayat Al Quran & satu hadis) (kemudian Ustad menceritakan mengenai tuduhan seorang wanita Yahudi terhadap anak Saidina 'Umar).

ZN: Tapi macam mana dengan kehormatan wanita yang telah dirogol itu? Tidakkah Islam sangat menjaga kehormatan dan kemuliaan wanita, serta membela dan mempertahankan mereka? Satu lagi soalan ana nak tanya, Ustad kata adalah satu fitnah bercakap tanpa bukti. Sekarang secara terbuka Ustad menuduh Dato' Sri Najib sebagai pembunuh Altantuya. Apa bukti yang Ustad ada?

Ust: (langsung tidak menjawab sebaliknya terus tutup majlis) Sorilah ana terpaksa pergi dulu kerana ada program lain. Assalammu'alaikum.

Begitulah secara ringkas dialog diantara teman dengan kawan teman Ustad lulusan 'pengajian Islam ini. Tujuan teman bukan untuk mempertikaikan Ustadz kawan teman ni, sebab itu teman tidak sebut nama dan lokasi tempat dialog itu. Malah teman sangat menghormati komitmen dan dedikasi Ustad ni menyampaikan ceramah siang dan malam. Cuma teman kasihan kepada para jemaah yang kebanyakkannya tidak tahu hujung pangkal, datang dengan ikhlas untuk menimba ilmu tetapi menerima sogokan politik murahan yang teman rasa bertopengkan agama dan kitab. Dan teman kasihan kepada sahabat teman itu, yang mungkin ikhlas orangnya, tetapi dikalkatukan oleh kabus-kabus politik kepartian yang terlalu sempit. Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
08 Jamadil Awal 1432
12 Apr 2011

(artikel ini dipost untuk semua..bukan ada agenda tertentu atau kepentingan politik kerana GAMB bergerak tanpa naungan badan politik)


:untuk semua pembaca>> kisah benar

OPS LAlang,tun M dan TS Hanif

setelah xplore laman sesawang nie..akhirnya jumpa gak serba sedikit kisah opslalang ni lagi
mari baca >>>>

Pada 18 Julai lalu tahun lalu Dewan Negara telah menganjurkan Program Pemantapan Dewan Negara. Ia merupakan tindakan follow thru’ untuk memantapkan lagi Senate dan para senator dari segi kewibawaan, kualiti dan integriti. Syabasy dan tahniah, Tan Sri YDP.
2. Bagi mencapai hasrat murni tersebut, pada kali ini, maklumat dan pengalaman mengenai status ISA, NKRA Jenayah dan ancaman terrorisma telah dikongsi bersama.
3. Yang menarik perhatian suaragamb ialah maklumat baru yang kami baca di bnyak laman web sekarang



mana-mana. Maklumat-maklumat itu ialah:
• Akta ISA wajar DIKEKALKAN demi keselamatan Negara tetapi ianya MESTILAH dipinda demi keadilan terhadap rakyat dan mereka yang ditangkap di bawah akta tersebut. Ia wajar dipinda agar hipokrasi yang berlaku di Rhodesia / Zimbabwe tidak berlaku di Negara ini.
Semasa Ian Smith berkuasa di Rhodesia, Mugabe yang dilihat sebagai pemberontak, telah dipenjara di bawah ISA. Maka tidak hairanlah Mugabe mendesak supaya undang-undang ISA itu dimansuhkan. Apa yang menjadi hipokrasi ialah apabila Mugabe berkuasa di Negara tersebut yang kini bernama Zimbabwe, ISA terus dikekalkan dan digunakan pula terhadap musuh-musuh politiknya;


• SOP Polis hendaklah segera diperbaiki supaya jelas, telus, terperinci berhubung layanan terhadap mereka yang ditangkap di bawah ISA agar hak asasi manusia terus terpelihara;


• Prof. Emeritus Shad tidak yakin TS Samad Ismail adalah seorang komunis sekalipun TS sendiri telah membuat pengakuan. Tun Hanif mengambil peluang menerangkan bahawa TS sesungguhnya adalah seorang agen komunis yang berpengaruh dan merbahaya. LKY ada membuat kenyataan ini di dalam Memoirnya;


• DS (Tun) Dr Mahathir, mantan PM dan Menteri Dalam Negeri, TIDAK suka menggunakan ISA, berdasarkan pengakuan TS (Tun) Hanif, mantan KPN (IGP);


• berdasarkan pengakuan TS (Tun) Hanif juga, mantan KPN, DS (Tun) Dr Mahathir, mantan PM dan Menteri Dalam Negeri ketika itu, TIDAK setuju dengan Operasi Lalang pada tahun 1987 di mana 104 telah ditahan. Namun beliau terpaksa akur dengan syor KPN demi memelihara keselematan Negara. Maknanya, Operasi Lalang TIDAK berunsur political.
Natijahnya KPN tegas bertindak atas dasar profesionalisma dan integriti yang tinggi sekalipun bos beliau tidak setuju manakala Dr Mahathir pula bersedia menerimapakai nasihat/syor pegawai beliau yang mempunyai bukti dan dalil yang kukuh. Beliau tidak meletakkan blame ke atas bahu KPN sekalipun satu dunia mengutuk beliau mengenai Operasi Lalang ini. Outcomenya ialah Negara dan rakyat selamat; kehidupan harian berjalan seperti baisa.


4. sekali lagi suaragamb melaungkan yang kami akan menyokong Akta ISA apabila dibentangkan di Dewan Negara nanti dengan pindaan-pindaan tertentu.






:OPS LAlang,tun M dan TS Hanif

TANAH INI





Tanah ini di hina,
Oleh anak watan pribumi merdeka,
Demi sesuap nasi 'kuasa' ,
Taring menyeringai menurut nafsu tuannya,

Tanah ini tanah lahir hamba,
Demi Tuhan pemilik semesta,
Kun Fa Ya Kun,jadi maka jadilah ia,
Di pinjam kan ke keturunan Adam sebagai pemilik sementara.



Di sini rezeki hamba melata,
Beranak pinak berkeluarga bersama,
Akhir kalam kehidupan hamba,
Mungkin di sini dengan restuNya.

Hapuskan petualang bangsa agama...mencelur amarah mencari punca,
Jika jual kata mereka...membeli hamba..rela hamba rela...
Biar mati tak berkapan,dari mati menjadi pengkhianat negara ,agama dan bangsa.

Muhamad Sodbaroya
Bdr tsk Kesuma
ahli MT GAMB.


:TANAH INI

OPS LALANG DAN AKTA ISA

tun dr mahathir mohamad(mantan PM MALAYSIA)
tan sri hanif omar(KP ketika ops lalang)

Operasi lalang atau ops lalang telah dilancarkan pada 27 oktober 1987 oleh kerajaan Malaysia dibawah kendalian polis diraja Malaysia atau kementerian dalam negeri yang pada masa itu diketuai oleh mantan perdana menteri Malaysia ke4 TUN dr. MAHATHIR MOHAMAD.
Operasi ini bertujuan untuk menangkap mereka yang mengeruhkan keadaan politik dimalaysia pada tahun berikut..

Dalam operasi berkenaan dianggarkan seramai 106 ahli politik ditahan terutama dari parti pembangkang yang pada masa itu diketui oleh lim kit siang.mereka semua ditahan di atas akta ISA.
Beberapa akhbar arus perdana juga di arahkan tutup operasi seperti the star dan Sin Chew Jit Poh



Antara yang ditahan ketika itu ialah:

Lim Kit Siang - ketua pembangkang dan Setiausaha Agung DAP
Chandra Muzaffar- Presiden ALIRAN
Karpal Singh- Timbalan Pengerusi DAP
Dato Lim Kim Sai - Timbalan Presiden MCA
Chan Kit Chee
Kua Kia Soong- Dong Jiao Zong
Lim Fong Seng Pengerusi (Chinese Education Assosations)
Halim Arshat - Ketua Pemuda PAS
Ibrahim Ali Ahli Parlimen Pasir Mas, UMNO
Mohamed Fahmi Ibrahim - Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO .

kebanyakan tahananan ini telah dibebaskan sekarang sama ada bersyarat atau tidak bersyarat. 40 orang yang selebihnya telah dikeluarkan perintah tahanan dua tahun,Ini termasuk Lim Kit Siang dan Karpal Singh ,Pada mulanya bilangan yang ditahan ialah 97 orang, dan boleh dikategorikan kepada 3

a) parti politik= 37 orang;
b) gerakan social= 23 orang;
c) individu= 37 orang.

Operasi Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas hukuman. Sebaliknya pemimpin pembangkang mahupun kerajaan yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting, Taiping, selama 2 tahun atau lebih.

Mereka semua ini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara, sama ada orang itu bersalah atau tidak hal ini telah menyebabkan Malaysia dikritik hebat oleh global.
Ironinya,walaupun pemimpin amerika syarikat George w bush menyuarakan kritikkan pada akta yang dicipta malaysia tapi Amerika Syarikat juga telah mencipta Akta Patriot yang menyerupai ISA dan semua tahanan telah ditempatkan di Kem tahanan Teluk Guantanamo, Cuba.

Kontroversi juga berlaku pada tahun yang sama iaitu persaingan sengit untuk merebut jawatan presiden UMNO pada masa itu antara kem dr.Mahathir ditentang kem Tengku Razaleigh di mana dr. Mahathir muncul sebagai pemenang. Jadi Operasi Lalang ini dikatakan sebagai helah mengalihkan isu sebenar.

Kesimpulannya ops lalang ini tidak Berjaya memutihkan sistem politik di Negara malaysia sehingga sekarang kerana bekas-bekas tahanan ISA masih bergiat aktif dalam arena politik.
Adakah perlunya ops lalang ini dimainkan semula oleh kerajaan.kerana dilewat ini kita selalu mendengar cerita ahli politik cuba burukkan nama MALAYSIA diluar Negara,suara mahasiswa yang menggugat keselamatan Negara.apakah perlunya akta ISA ini diteruskan dan gerakkan semula operasi lalang ini?.

Kami suaragamb sentiasa menyokong penuh akta ISA demi keselamtan Negara.
Pesanan kami untuk mahasiswa diluar yang memegang slogan” suara mahasiswa suara keramat”
Sedarlah dalam mainan catur tiada istilah queen atau king yang jalan dulu mesti bidak yang jalan untuk dijadikan kambing hitam.




:OPS LALANG DAN AKTA ISA
Previous Home
English French German Spain Italian Dutch Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google