Share |

Program IMAM MUDA Melahirkan Mufti-Mufti Baru??

GAMB PUBLICATIONS

IMAM Muda yang merupakan pertandingan mencungkil bakat-bakat imam muda semakin mendapat perhatian ramai kerana kebanyakan peserta yang menyertai sesi-sesi uji bakat di seluruh negara sejak 22 Januari lalu menampilkan kredibiliti tersendiri
.
Selain mempunyai latar pendidikan dalam bidang agama Islam, setiap peserta turut memperlihatkan kemampuan menguasai bidang-bidang lain seperti ekonomi dan pentadbiran selain mempunyai daya kepimpinan yang tinggi
.
Justeru, Astro Oasis selaku penerbit Imam Muda mencadangkan juara pertandingan program realiti televisyen (TV) itu dilantik menjadi mufti kerana kelayakan dan bakat yang mereka miliki sebagai pemimpin bagi mengisi jawatan itu pada masa depan
.
Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, juara yang dilahirkan menerusi program realiti TV terbitan mereka itu, bukan sahaja berpengetahuan dalam agama tetapi juga mempunyai daya kepimpinan dan personaliti yang menarik sebagai pemimpin
.
"Kebanyakan peserta termasuklah juara musim pertama Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan mempunyai ijazah dalam ilmu agama Islam dari universiti tempatan. Ramai juga 
peserta lain yang merupakan graduan bidang agama dari universiti luar negara
.
"Selepas bergelar juara, mereka tidak semestinya hanya menjadi pengacara rancangan TV atau imam di masjid sahaja. Sebaliknya, mereka juga layak menjadi mufti," katanya pada sidang akhbar temuduga Imam Muda musim kedua di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Pada sesi temuduga yang diadakan pada Sabtu dan Ahad lepas dari pukul 8 pagi hingga 5 petang itu, hampir 100 peserta dari pelbagai bidang profesional seperti jurutera, doktor dan peguam mencuba bakat dalam sesi itu yang sebelum ini diadakan di seluruh negara
.
Pendapat Izelan turut disokong Mudir Imam Muda yang juga pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz yang menyifatkan juara Imam Muda patut dipertimbangkan mengisi jawatan mufti biarpun para peserta pertandingan itu berusia daripada 18 hingga 27 tahun
.
"Sekarang ini pun kebanyakan yang dilantik sebagai mufti mempunyai ijazah dalam bidang agama Islam. Sedangkan juara Imam Muda bukan setakat itu sahaja, tetapi turut memiliki pengetahuan dalam bidang-bidang lain seperti ekonomi dan politik
.
"Para peserta Imam Muda didedahkan dengan pelbagai ilmu kepimpinan sehinggalah bagaimana untuk memandikan jenazah. Bukan setakat mufti, tetapi kalau boleh saya juga mahu mencadangkan agar taraf mufti itu sama tarafnya dengan jawatan menteri seperti di Mesir," ujarnya
.
Imam Muda musim kedua yang telah mengadakan sesi temuduga mencari para pesertanya sejak 22 Januari lalu di Johor Bahru, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuantan dan Alor Setar itu tambah Hassan, semakin mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton.
Apatah lagi katanya, Imam Muda telah melahirkan juara pertamanya, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 27, pada 30 Julai tahun lalu itu, turut membuka penyertaannya kepada para peserta 
dari Thailand, Brunei, Indonesia dan Singapura
.
"Senario itu membuktikan Imam Muda merupakan sebuah program realiti TV yang disertai oleh para peserta yang berkelayakan selain mendapat perhatian yang semakin meluas di mana sebelum ini penyertaannya hanya untuk warganegara Malaysia sahaja," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan penuh berhemah.Sebarang kata-kata kesat dan kata-kata yang boleh menyentuh sebarang sensitiviti amat dilarang.

Next Previous Home
English French German Spain Italian Dutch Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Translate Widget by Google